MemORi KaTAK pisANG..pArt 4

"Rahsia..? Entahlah.. time is changed Usop.. kau tu pun.. dulu mana ada macam nie.. " balasku.
Kerapu kukus masih berwap panas membangkitkan selera. Tapi mengenangkan aku ni anak dara terpaksa control sikit.. Siang tadi beriya-iya benar dia mengajak aku keluar berbuka sama di Restoran Terapung Nelayan di bandar Lipis, satu-satunya restoran eksklusif di daerah itu. Kira-kira sejam perjalanan dari Raub.

"Mungkin aku banyak membantu kot.. kalau tak kerana kau yang selalu mengejar kita orang dengan pelepah pinang takkan kau jadi tinggi lampai macam ni, betul tak?" usik Usop lagi.

"Apa la kau ni Usop.." "Tak sangka kan.. setelah 14 tahun terpisah kita berjumpa semula, kan?" Usop senyum mempamerkan barisan giginya yang kemas tersusun.

"Kau.. kau dah ada special boyfriend?" soalnya membuatkan aku tersedak. Cis!! Celako.. soalan maut dia tanya aku! "Kenapa? Kau nak jadi boyfriend aku? Kau dah lupa parut kat perut kau dulu?" soalku. Usop tersengih.

"Jun, aku tertarik dengan kau.. kalau kau mahu beri aku peluang, aku tak akan kecewakan kau.." Wah.. semudah itu? Aku tersenyum. "Jangan bergurau Sop.."

"Tak .. aku tak bergurau.. serius.. kalau kau nak tahu sejauh mana kejujuran aku.. aku akan hantar rombongan ke rumah kau bila kau kata yes..sungguh Jun.. aku dah tak macam dulu lagi.. "

Kata-kata Usop masih terngiang-ngiang di telinga. Aku kebuntuan. Biar betul mamat sekor ni.. Mustahil dia lupa perutnya yang bocor akibat terkena kaca dulu. Sebulan kena tahan di wad gara-gara aku. Itulah kacau lagi si Suhaimi tu. Aku tertunduk. Tiba-tiba ingatan pada Suhaimi menjelma. Kerana peristiwa itu juga Suhaimi terbuang jauh dari bumi Dato' Bahaman ini. Dan yang pasti semakin hampir hari raya semakin aku terasa sesuatu yang belum kulangsaikan.

Peristiwa itu masih segar di ingatan. Waktu itu hari raya semakin hampir tiba. Seperti biasa Suhaimilah orang pertama tiba di surau. Membentangkan sejadah..membersihkan laman yang ditimpa dedaun kering..Memasak air.. Sewaktu sedang sibuk dia mengambil air dari perigi di belakang surau Usop, Udin dan Mail Kengkang datang mengganggu. Simen surau yang sedang dibersihkan sengaja dikotorkan lagi.

"Uuusss.sssop! Jajaja..janganlah kkkootorrkan!" pintanya. Usop Cuma tertawa mengejek dan merampas songkok usang Suhaimi.

"Ohh.. patutlah bersongkok sepanjang masa.. ada kurap kat kepala!!!" Suhaimi berusaha merebut songkok lusuhnya tetapi tiga ekor jin itu semakin galak mempermainkannya. Aku menggigit bibir geram. Dari atas dahan pokok kundang yang sedang kemaruk berbuah itu aku menyaksikan perbuatan mereka. Dalam hati aku jadi marah .. kenapalah si Lembik nak mampus tu tak melawan? Cuba bagi penumbuk sebiji!

"Woii!!" Usop terhenti dan berpaling ke arah suara itu. Aku segera turun dari pokok kundang dan menghampiri mereka.

"Hek elehh. nak tolong buah hati dia la tu.." sindir Mail Kengkang.

"Pulang balik songkok dia!" Aku membulatkan mata. Dia orang nie memang nak kena luku ngan aku ni.. aku menyingsing lengan baju kurung bersedia mengepal penumbuk. Usop menjelingku sambil tersenyum.

"Ko sayang sangat budak berkurap ni kenapa?" soalnya. "Eh suka aku la nak sayang ke nak benci ke.. kau sibuk kenapa? Pulang balik songkok dia!" Aku menunjal kepala Usop yang rambut berceracak seperti landak mengeram itu.

"Ko main kepala ye? Kerana budak kurap nie kau tunjal kepala aku??" Usop memegang tanganku kuat.

"Ko nie nak kena sangat yek?" soalku sambil mengangkat kaki 45 darjah. Sekuat hati aku menendang perut Usop. Usop terpersok di celah tiang surau. Aku tertawa puas. Padan muka.

"Wei..meh la bangun lawan kalau ko nak sangat..wei!!" Aku mengacah-acah penumbuk ala-ala peninju.

Suhaimi yang terpisat-pisat mengesat pipinya yang basah. Perlahan dia mengutip songkoknya di atas tanah. Aku menanti Usop untuk bangun tapi yang terdengar esak tangis beserta raungan kesakitan. Alamak.. aku mendekati Usop. Usop berpaling memegang perutnya yang sudah mengalir darah pekat.

"Usop!! Pak Lebai! Usop luka! Usop kena kaca!!" Mail Kengkang dan Udin sudah menjerit panik. Aku tergamam begitu juga Suhaimi. Kelihatan botol kaca yang sudah pecah tercacak di kaki tiang.

"Jjjuun! Laa.laariii!!" Suhaimi menolakku. Aku kepucatan. Usop sudah tidak bergerak-gerak lagi.

"Imi.. macammana ni?" "Lllaarr..rri cececepat!" Gesa Suhaimi.

"Ceeccepat!!" Dan tanpa menanti aku membuka langkah seribu. Dan air mata ketakutan mula mengalir deras. Aku dah bunuh Usop ke?? Sejak peristiwa itu aku menjadi pendiam. Tidak lagi selincah dahulu. Dengar khabar separuh nyawa Suhaimi dibantai Pak Lebai kerana dia mengaku dia yang menolak Usop. Tak cukup dengan itu Suhaimi dibawa ke Kedah setelah tamat Darjah 6. Kerana kesilapanku dia rela dihukum walaupun sepatutnya aku tampil ke hadapan. Sejak hari itu aku tidak lagi melihat baying Suhaimi. Duniaku rasa aman, pertama aku tidak perlu menjadi bonzer Suhaimi. Kedua Usop juga diambil semula oleh ibubapanya dan tinggal di Kuala Lumpur. Namun, saat aku berjuntai di atas pohon kundang aku terasa kehilangan sesuatu. Kehilangan bila melihat laman surau yang sarat dengan dedaunan.. lantai dan tangga yang tidak dijaga bersih seperti selalunya. Tapi perasaan itu hilang bila aku meninggalkan alam kanak-kanak. Nama Suhaimi kian luput diingatan sehinggalah emak membuka suara tentang hajat Pak Lebai. Memang, Suhaimi tentu masih seperti dulu, kepalanya botak kerana penuh dengan kudis yang tak pernah baik, badan lembik dan melengkung.. tapi dia tak pernah menyakiti hati orang lain. Dan kerana Suhaimi juga aku mula berubah menjadi anak gadis yang lebih sopan. Tidak lagi menghabiskan masa di atas pokok kundang, tepi-tepi sungai..

"Woi!! Termenung!" Aku terperanjat. Ikan-ikan yang berenang tadi bertempiaran lari. Usop tertawa kecil.

"Kau ni Sop.. kalau aku lemah jantung mati kempunan la kau nak tengok aku bersanding.." Usop tertawa lagi dan duduk di sisiku.

"Macammana?" soalnya. Aku senyum. "Emm.. aku ada cerita nak kasi tau kau.." ujarku.

"Jun, kau tak percaya kat aku ke?" soalnya. "Aku ikhlas Jun.. sebenarnya memori kita kecil-kecil dulu tak pernah luput dari ingatan aku.. sama selagi parut luka kat perut aku nie masih ada. Aku tak salahkan kau Jun.. malah peristiwa itu menyedarkan aku. Kalau tak kerana kau, aku tak mungkin berjaya macam hari nie.." Usop tersenyum.

"Aku hargai perasaan kau tu Sop.. tapi.. kau dah terlambat." Aku senyum.

"Maksud kau .. kau dah ada yang empunya? Boleh aku tau siapa Jun?" soalnya terkejut.

"Emm.. kau mesti tak percaya." aku sendiri nak tergelak. Tapi aku yakin dengan petunjuk dari Allah. Istiharah aku telah menampakkan keputusan yang patut aku buat.

"Cakaplah Jun.. sekurang-kurangnya aku nak tahu siapa lelaki bertuah tu.." pinta Usop.

"Suhaimi,"

"Suhaimi? Jun.. mustahil Suhaimi Lembik.." Aku mengangguk membuatkan Usop tertawa besar.

lom bis lg...
ade lg bbrp part..
tggu jer..
truskan mmbace..

0 comments:

Post a Comment