MemORi KaTAK pisANG..pArt 3

Kadang-kadang bahagian dia aku ambil dan dia cuma memandangku sambil terkebil-kebil. Aku senyum sendiri melihat kenangan lama dahulu. Teruknya perangai aku! Tapi mujurlah emak dan ayah tak pernah tahu. Lagipun Suhana pun tak pernah kata apa, asalkan aku sentiasa menjadi penyelamat abangnya.

"Oii.. lembik! Kau nie lain kali jalanlah cepat sikit..karang kalau budak hingus tu datang kang mula la kau terpekik-pekik!" Teriakku geram. Suhaimi masih terhegeh-hegeh mengayuh basikal yang lebih besar dari badannya. Suhana Cuma menggeleng kepala.

"Imi.. cepatlah sikit!! Dah malam ni. kang kalau lalu kat kubur kat depan tu.. "

"Hishhh!! Mulut tu.." Suhana menekup mulut. Aku berhenti di tepi jalan menanti si Lembik yang mengayuh macam kura-kura tua.

"Jujjjujjj.Jun!! Aaaa..add..ddaaa menda la!"

"Apa lagi??" Aku menongkat basikal dan menghampirinya.

"Ngape?" soalku melihat mukanya sudah pucat lesi.
Dia terketar-ketar menunjuk ke belakangnya.

"Pasal?"

"Aaadd.da mmmeennda pepe..peggang song.songggk.kok mi!" Air matanya sudah merembes keluar. Aku menggeleng kepala.

"Penakut! Bukan orang la! Ranting kayu! Bodoh betul.." jawabku sambil melepaskan ranting kayu yang tersangkut pada songkok buruknya. Aku dan Suhana tertawa kelucuan. Suhaimi terkulat-kulat mengesat air matanya.

"Kau nie lain kali beranilah sikit! Sampai bila aku asyik nak jadi tukang kejar Usup tu jer.. ko tengok aku nie baru nak gemuk dah kurus balik, asyik jadi tukang penyelamat kau jer.." Aku menumbuk bahu Suhaimi. Tetapi tiba-tiba saja dia terus terlentang. Ak enna..memang dasar lembik! Begitulah alkisahnya si Suhaimi. Aku tersenyum melihat anjung tempat kami belajar mengaji dulu. Begitu juga telaga yang pernah mencipta sejarah dahulu. Sejarah yang menyebabkan Suhaimi tercampak jauh di negeri Kedah kerana satu peristiwa yang tidak disengajakan!

"Kak Jun!!" Aku terkejut beruk. Aina tersenyum di sisi seorang lelaki yang sedang tersenyum memandangku tidak jauh dari Toyota Altisnya yang tersadai di bahu jalan.

"Kak Jun cepat naik! Abang nie nak tolong hantarkan.." Aku memandang lelaki itu curiga.

"Cepatlah kak!!" Aina menarik tanganku. "Kau nie.. kau kenal ke orang tu?" Aina menggeleng kepala.

"Dah tu pandai-pandai sangat nak tumpang kenapa?" "Kak Jun ni dah nak berbuka dah ni tau.. takkan kita nak tunggu sini sampai besok pagi! Lagipun takutlah..
sini sunyi..mana ada rumah orang.."

"Iyr la.. tapi kita tak kenal dia..
bukan orang kampung kita nie..sekali bapak ayam ke.."

"Apalah akak ni!" Aina sudah menarik muka masam. "Kalau akak tak nak naik sudah! Biar Aina balik dengan abang tu!"

Amboi.. tak makan nasihat! Aku memaksa diri melangkah menghampiri lelaki itu. "Errr.. Abang, ni la kakak sepupu kita.. " Aku tersenyum sekadar berbahasa. Dalam hati memang geram dengan telatah Aina.

"Duduk kat kampung mana?" soalnya sambil membukakan pintu. Aina cepat-cepat masuk. Sabar aje la aku. Lelaki itu Cuma tersenyum melihat aku kegeraman.

"Pamah Kulat.. err.. Encik ni nak kemana?" soalku setelah dia mula menggerakkan keretanya.

"Saya nak berbuka puasa di rumah pak cik saya..selalu jugalah saya ke sini, tapi tak pernah jumpa.. cik.."

"Junaida! Nama dia Junaida bang!" cepat Aina menyampuk. Ehhh..budak nie pandai-pandai aje.. kalau dia duduk sebelah aku kat belakang nie memang nak kena cubit.

"Ohh.. dekat-dekat sama dengan nama Aina ye. Junaida.. Junaina..silap-silap orang ingat kembar.." Aina tertawa kecil. Amboi gediknya si Aina nie.. mentang-mentanglah mamat nie hensem dan macho sikit.

"Jun, Jun tak kenal saya ke?" soal lelaki itu sambil melihat aku melalui cermin.

"Err.. sorry la.. memang tak kenal,"

"Perangai awak nie dari kecil memang tak berubah-ubah. Berterus terang.." Lelaki itu tersenyum.

"Err.. abang kenal ke kak Jun?" soal Aina hairan.

"Jun tak ingat masa kecil-kecil dulu.. budak yang selalu tunggu Jun tepi simpang depan tu masa balik mengaji? Yang selalu bawa lastik burung tu.." Aku mengerut kening. Terbayang tiga ekor iblis kampung yang selalu mengganggu Suhaimi. Masih kuingat lagi baju kurungku terkoyak teruk kerana menghambat mereka kerana menyorokkan selipar Suhaimi.

"Err. ni Usop ke?" soalku.

"Ya.. Usop la nie.. yang selalu Jun kejar dulu.." Usop tertawa kelucuan. Mak aiii.. biar betul budak berhingus ni dulu dah jadi macho dan kacak sebegini.

"Kau tak percaya kat aku ke Jun.. aku la.. Usop Hingus yang kau cakap dulu.. kau buat apa sekarang nie Jun?" soalnya. "Kerja kat Putrajaya.. kau?" soalku pula.

"Dulu jadi model.. ala masa tu kau kat UK..sekarang nie aku buka business sikit-sikit.. dah tua ni Jun.. kenalah cari ekonomi yang kukuh sikit.." keretanya membelok ke tengah laman. Kelihatan Pak Ngah baru saja menghidupkan enjin kereta saat kami turun dari kereta. Usop berlalu setelah aku mengucapkan terima kasih.

"Ingatkan sesat ke mana tadi.. " ujar pak ngah sambil mengunci kereta Mercedesnya semula. Aku Cuma senyum dan masuk ke dalam rumah. Sesaat selepas itu azan maghrib pun berkumandang..


MALAM ke 25 Ramadhan begitu bercahaya. Pelita-pelita panjut menyala terang di kiri kanan jalan. Aku merebahkan badan di atas katil. Adikku Aishah tidur di luar bersama-sama Juliana dan Atheera. Memang setiap kali musim raya mak ngah dan pak ngah akan bermalam di rumah kami memandangkan rumah atuk telah sendat dengan adik beradik yang lain seramai 8 buah keluarga. Si Junaina tidur di bilik aku. Anak dara sulung pak ngah tu memang tak suka berhimpit-himpit macam adik-adiknya yang lain. Tapi dia berhati baik, tak lokek barang dan harta benda. Hmm. kawin? Aku tersenyum sendiri. Macam mana aku nak terima si Suhaimi sedangkan suatu masa dahulu aku yang menjadi pelindungnya. Lagipun, macam mana dia nak sara hidup aku nanti? Entah-entah, gaji aku lebih tinggi dari gaji dia. Isshh. kalau dia handsome macam si Usop tu tak apa juga. Lagipun, aku ni bukannya tak ada rupa. Cuma jodoh belum tiba lantaran sibuk dengan pelajaran dan kerjaya.

"Aku tak sangka tomboy brutal masa kecil-kecil dulu dah jadi macam tuan puteri.. apa rahsia kau Jun.." soal Usop sambil tersenyum.


lom bis lagi nie..
ad bbrpa part lg...tggu smbgnnya yerk..
thkz kpd yg setia mmbce cerpen nie..

0 comments:

Post a Comment