MemORi KaTAK pisANG..pArt 1

Angsa kesayangan atuk sedang sibuk di sarangnya mengeram telur. Itik nila yang sebanyak tiga ekor itu juga sedang asyik berenang ke tepi ke tengah kolam bersama 10 ekor anak yang kuning keemasan. Teratai-teratai berwarna merah jambu terapung di permukaan menyerikan ketenangan kolam di petang yang hening ini.

"Raya nie dia orang nak datang.." terngiang-ngiang suara emak di telinga. Aduh.. sejak pulang ke kampung ini petang kelmarin hatinya semakin sesak. Ikutkan hati mahu saja dia balik ke Kuala Lumpur semula.

Bukannya apa, dia baru nak membuka mulut bertanya berita si Suhana alih-alih kisah Suhaimi pula yang disebut. Aduhai..tolonglah aku! "Dah termenung kat sini kenapa?" Suara mak jelas kedengaran di belakang. Aku cepat-cepat bangun sambil tersengih malu.

"Bukan termenung mak.. ni tengah pikir ni nak balik pagi raya ke nak balik sebelum raya.."

"Hah.. jangan nak buat benda bukan-bukan.. " ugut emak membuatkan aku tersenyum. Seram jugak mak dengar apa yang aku cakap. Aku mengeluh bosan dan melangkah ke halaman. Kelihatan adik-adik aku sedang sibuk memasang pelita panjut yang bakal menyerikan malam Tujuh Likur nanti.

"Mak ni bukan apa Jun, tu pak lebai tu teringin sangat nak berbesan dengan mak nie.. "

"Ala mak nie.. kalau iye pun nak berbesan kenapa mesti jodohkan Jun dengan Suhaimi tu?" Aku menarik muncung. Bosan betul bila menyebut nama lelaki itu. Ah.. lelaki macam tikus tu. Eii.. tak sanggup aku nak tengok keadaan dia yang tak serupa orang tu. Dahlah kurus melengking.. lembik nak mampus pulak tu..

"Tak naklah kalau dengan dia,mak!" Terpacul saja perkataan itu dari mulutku. Emak yang sedang melayur daun pisang menjeling.

"Nak atau tidak, cubalah kau jumpa dia dulu.. tak lama lagi. 5 hari lagi jer.." Aku mengeluh lagi. Patutlah mak tanya tanya soalan yang tak logik hari tu.

"Kerja kau macammana sekarang nie Jun?"
"Okey.. dah confirm pun.. Mak toksah risau la..tahun depan dah boleh pakai kereta.." jawabku sambil ketawa.

"Umur kau pun dah nak masuk 24 tahun depan kan?" soal mak lagi sambil sibuk mengacau daging masak lemaknya. "Kawan kau si Mastura tu dah dua anak dia.. Hah..Aton yang selalu mengaji dengan kau dulu pun dah nak beranak tak lama lagi.. " Alamak.. dah menyimpang tajuk nie..

"Mak ari tu kan Jun ada baca dalam surat khabar cara-cara nak awet muda..mak bolehlah amalkan petua tu.. nanti Jun pegi ambil,"

"Eh.. orang cakap pasal dia dia sibuk cakap nak awet mudakan kita pulak..tunggu dulu!" Alamak..Aku duduk semula di kerusi.

"Mak nie dah nak masuk 50 dah Jun.. tengok jiran-jiran kita tu..teringin jugaklah mak nie nak menimang cucu."

"Err.. mak nak suruh si Aishah kawin ke?"

"Mengarut ye cakap ngan mak? Aishah tu baru darjah 5! Kau tu la mak nak suruh kawin.." Aku tertawa melihat mak memasamkan muka. Aduii.. mati aku kali ni..

"Mak nie.. macammana la Jun nak kawin.. dulu masa sekolah ada orang minat kat Jun mak tak kasi layan. Masa saham Jun tengah naik masa sekolah menengah pun mak warning jangan nak menggatal bercinta. Dulu ada mat saleh nak kat Jun masa kat UK dulu mak larang jugak.. Dah tu macammana Jun nak kawin, boyfriend pun tak de." Aku mencapai pisau dan memotong sayur kacang.

"Itu dulu.. sekarang nie takkan tak ada apa-apa kot.." mak senyum. Aku menggeleng kepala.

"Sapa nak kat Jun nie mak.. bukan selawa mana pun..tambahan pulak Jun nie pakai tudung. Orang lelaki sekarang nie mana nak pandang sangat orang pakai tudung nie.." sengaja aku memberi alasan.

"Itu kau tak payah bimbang.. bulan lepas, ada orang merisik kau," Adoii!! Aku mencampak pisau ke tepi. Jari telunjuk yang terhiris tadi kutekup dengan hujung baju kurung kedah.

"Buat kerja tu lain kali hati-hati sikit.. " mak menggeleng kepala sambil mengambil serbuk kopi dan menghulur kepadaku.

"Siapa pulak yang nak menempah malang tu mak risik Jun nie.." soalku. "Ala.. Lebai Sahak.." Lebai Sahak?

"Untuk siapa? Untuk Badrul ke?" soalku lagi. Terbayang wajah pensyarah muda itu di ruang mata. "Bukan.. untuk Suhaimi.
" Apa?? ”

Solat terawih sudah pun selesai. Aku mengekor di belakang emak yang asyik berbual-bual dengan Mak Tih Kiah depan rumah kami.

"Ini ke si Jun?" satu tepukan lembut di belakangku membuatkan aku terperanjat beruk. Wanita bertelekung putih itu tersenyum sambil mengusap belakangku mesra.

"Iye la kak Aji.. sapa lagi kalau bukan anak dara ceruk dapur saya nie.." sahut emak sambil mengerdip-ngerdip mata. Alah..apa lak mak nie main bahasa-bahasa mata ni? Seketika cubitan halus hinggap di punggungku. Adoii..aku menjeling mak geram. "Salam.." bisik emak. Ohh.. segera aku menghulurkan tangan.

"Dah lama sangat tak jumpa.. iyelah.. orang belajar tinggi.. jauh pulak tu.."

"Hmm.. nak buat macammana kak aji.. dia orang ni bukannya macam kita nak mengenal saudara.. hari raya pun buat tak tahu saja.."

"Suhaimi tak balik lagi?" soal mak. Yearlkk.. aku terasa tekak sudah mula bergelodak bila mendengar nama itu.

"Entahlah.. dulu dia talipon nak balik hari melemang.. tak tau la Long Zah.. orang kerja drebar nie payah sikit nak dapat cuti.." Apa? Driver? Aduii.. mak ni biar betul nak jodohkan aku dengan driver.

"Buat apa la dia pergi kerja dengan orang putih tu iye Kak Aji..nak cuti raya pun susah.. dah lama jugak dia tak balik beraya rasanya.." amboi mak nie..

"Hmm.. entahlah Long.. tak tahu jugak la nak cakap.. " keluh Mak Aji Som.

"Jun kerja di mana sekarang ni?" soalnya. "Di Putrajaya mak Aji.."

"Ohh.. kerja kat tempat PM.. baguslah tu.. kerja la elok-elok..err.. mak aji balik dululah ye.. datang ke rumah Jun bual-bual dengan Suhana.. dia dalam pantang tu.. " pesannya sebelum beredar.
Aku Cuma mengangguk. Dalam hati sabar ajelah..


lum bis lagi..
to be continue...

2 comments:

Wandi Hashim said...

Cepat lerr bg hbs citer 2
& Selamat menjadi blogger

LeREk said...

slow2...
bru suspen...
hehe..
thxs..

Post a Comment