MemORi KaTAK pisANG..pArt 2

Si Suhaimi tu bukan aku tak kenal. 24 jam bersongkok.. anak pak lebailah katakan. Pulak tu lembiknya macam katak pisang. Eii.. Masih kuingat lagi zaman kami kecil-kecil dahulu. Aku sebaya dengan Suhana adiknya. Selalu sangat si Lembik tu kena buli dengan budak-budak.. dan tukang backingnya siapa lagi kalau bukan aku. Kalau kita bercakap dengan dia macam bercakap dengan dinding. Mulut tu macam ada berlian. Hari-hari berkepit dengan muqaddam.. pasal apa nak tau? Pasal bebal sangat. Dahlah lembik nak mampus.. kalau mengaji tak pernah lancar. Padahal 24 jam mengepit Muqaddam. Hemm.. tu baru story kat kelas mengaji. Belum kat sekolah. Walaupun dia tu lebih tua 4 tahun dari aku tapi semua hampeh. Kalau nak tengok muka dia hah, tunggu aje la waktu perhimpunan.

Kalau ada budak kurus kering kepala tunduk bersongkok hitam berdiri kat depan tu, hah dialah. Kerananya.. periksa tak pernah pas. Nombor akhir sekali dalam kelas tu memang dia yang memegangnya sampai habis sekolah rendah. Yang aku pelik tu buku tak pernah lepas dari tangan.. orang lain tu tak pegang buku pun boleh lulus periksa. Sebut aje Suhaimi Lembik memang orang kenal sangat. Seramai enam orang adik beradiknya dia seorang saja yang 'kureng' sikit. Pelik jugak anak lelaki bongsu Pak Lebai tu. Kenan apa agaknya Mak Aji Som masa mengandungkan dia dulu. Penat lagi rasanya aku berlari menghambat budak-budak yang selalu mengacaunya. Pun begitu dia tak pernah nak berterima kasih. Dahlah lembik, sombong lak tu! Selepas itu aku tak ikuti perkembangan Si Katak Pisang itu. Dengar khabar dia pergi sekolah kat Kedah tinggal bersama pak ciknya yang mengajar di sana. Dan aku pula selepas habis darjah 6 mendapat tawaran ke Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah di Raub, Pahang. Sejak itu kami semakin jauh. Suhana juga bersekolah di Terengganu dan tamat dengan sijil SMA sebelum melanjutkan pelajaran ke Mesir. Dalam surat pun Suhana tidak ada bercerita tentang abangnya yang lembik itu. Ahh.. Suhana pun tak berapa suka nak melayan abangnya yang gagap tu. Oh ya.. lupa aku nak cerita Suhaimi ni gagap sikit.. itu pasal berat mulut macam berlian.

Dan sekarang nie aku rasa Tuhan nak menduga aku. Kenapa dalam ramai-ramai anak Pak Lebai Dollah tu, Si Suhaimi Lembik itu yang terkena pada aku? Kenapa tidak Badrul yang menjadi pensyarah di UIA tu? Ataupun si Azlan yang sedang buat master di USM tu? Aku menumbuk bantal menahan geram.

"Mak, kalau tolak boleh tak mak?" soalku membuatkan emak tidak jadi memasukkan bancuhan bahulunya ke dalam acuan. Aku tunduk sambil menguis-kuis sabut kelapa yang semakin hangus dimakan bara api.

"Hmm.. kan mak dah cakap dulu, jumpa dulu.. "

"Tapi.. mak kan tahu Suhaimi tu macammana.."

"Macam orang la.. macam apa lagi?" soal mak selamba sambil menambah kayu kayu kecil yang dikerat-kerat.

"Dulu mak tanya kau kata kau tak ada boyfriend. Lagipun..nak harap sapa lagi. Anak dara mak dua orang aje. 5 lagi lelaki. Takkan nak suruh adik kau si Aishah tu pulak.."

"Habis tu mak dah nak sangat bermenantu.."

"Iyelah.. sudahlah arwah ayah kau tak sempat menengok kau bersanding, nanti kalau mak pulak menyusul.. macammana?" soal emak membuatkan mulut aku terkunci.

"Lagipun.. memang sebelum arwah pergi dulu dia ada sebut-sebut nak bermenantukan si Suhaimi tu.

" Apa????” Aku rasa macam nak pengsan. Ah sudah.. mesti nak guna isu arwah ayah pulak..

"Kau tau tak.. sungguhpun dia tu macam tu Jun, dia la yang paling rajin menolong ayah kau kat kebun. Tak semua dalam setandan pisang tu elok.. tapi walaupun dia macam tu, dia rajin, hormat orang tua.

" Aduii..cuping telinga terasa kebas mendengar pujian dari mulut emak.

"Satu lagi mak nak pesan, jangan memilih rupa..bukan boleh bawa bahagia.." emak menjeling tajam.

"Tapi mak.."

"Sudah, bakar kuih ni! Mak nak tengok si Hisham tu dah siap ke tidak pelita buluh dia.." Emak angkat punggung meninggalkanku di situ. Aduii..


* * * * * * * * * * * *


"KAK JUN, apa kata tolong Aina bawak barang-barang ni..beratlah!" Aina berkerut-kerut kening menjinjing dua plastik besar barang-barang.

"Engkau nie.. bawak tu sikit pun nak bersungut.."

"Kak Jun la.. tadi abah suruh bawak kereta tak nak.. dah kita kena jalan kaki jauh-jauh macam ni.." sungutnya. Aku Cuma tersenyum. Kalau fikir balik, padan la dengan muka kau. Tadi semasa sampai di rumah bukannya nak menolong apa-apa yang patut. Orang bandarlah katakan.. dah berapa kali mak ngah menjeling-jeling tadi tapi dia selamba baring menengok tv. Akhirnya bila dengar aku nak ke bandar cepat saja mak ngah menyuruh si Aina ikut sama. Tapi nak dijadikan cerita, bas tiba-tiba pancit sedangkan ada lebih kurang 3 kilometer lagi nak sampai ke rumah.

"Kak Jun telefonlah rumah suruh abah ambil!" Aina sudah tidak larat untuk berjalan. "Mana ada line kat sini.. tak nampak bukit bukau nie..?" soalku. Aina mengeluh dan mencangkung di tepi jalan.

"Habis tu?"

"Kalau penat kita stop sini dulu.. kejap lagi kita sambung balik jalan.."

"Apa? Kak Jun tau tak sekarang nie lagi sejam nak berbuka? Kalau macam tu bila nak sampai?" soal Aina terkejut.

”InsyaAllah, sebelum subuh esok kita sampai.."

"Kak Jun ni!!!" Aina mula merajuk.

Aku cuma tersenyum. Tak boleh susah sikit sepupu aku ni. Maklumlah dari pandai menangis keluar dari perut ibu sampai dah 17 tahun umur hidup macam bidadari.. Aina.. Aina..kalau kau duduk dengan mak aku.. memang dah cukup syarat dah kau nak jadi bini orang! Kalau kau sanggup dengar bebelan anak dara pemalas kau cubalah bangun meninggi hari. Kalau nak rasa kutilan halus berbisa kat punggung cubalah kau basuh pinggan berbunyi-bunyi.. hinggaplah sedas dua kutilannya kat peha kau yang gebu tu. Itu belum lagi dia tengok kau pakai skirt pendek seperti kebiasaan di KL sana.. alamatnya kena kejar kelilling rumah la engkau!

Surau yang semakin roboh dimamah usia di hadapan kami kutatap. Dahulu di sinilah aku bersama kawan-kawan menuntut ilmu keakhiratan saban petang selepas waktu sekolah. Pokok kundang tempat permainan kami masih utuh megah berdiri di sebelah kanan rabung surau. Dahulu laman surau ini pasti bersih kerana Suhaimi akan menyapunya setiap hari.Dan aku pula bersama Aton, Mastura dan Aidah akan menjadi tukang sepah.

Elok-elok si Lembik itu selesai menyapu aku segera memanjat pokok rambutan. Dan di hujung dahan itu aku menggegar segala dahan dan daun-daun rambutan yang kuning akan bertaburan semula. Tapi Suhaimi tak pernah sekalipun marah. Mungkin kerana sedar diri aku selalu menyelamatkannya dari gangguan Usop Hingus cucu Tok Empat Latip itu. Kadang-kadang aku sengaja membiarkannya mencuci lantai di kaki surau yang sudah kotor dengan tanah merah kerana kami tak pernah meninggalkan kasut di luar kawasan bersimen. Masih teringat sewaktu di bulan Ramadhan yang mulia ini, 16 tahun yang lalu, si Suhaimilah mangsa menyimpan segala kuih-kuih moreh untuk aku...


lum bis lagi..
tggu sambungannya ..part 3

0 comments:

Post a Comment